Tuesday, 3 May 2011

Rahsia Sex Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

5 Keinginan Wanita

Kunci membahagiakan wanita adalah memenuhi keinginan-keinginannya. Sekalipun wanita tak semua memiliki karaktor pasif dan sifat tak terbuka dalam hal seks, namun sesungguhnya mereka memiliki keinginan yang sama, iaitu keintiman yang hangat di tempat ranjang asmara. Wanita tidak ingin tempat tidur dilewati dengan rasa tekanan dan hambar.

Tindakan bagaimana harus lelaki perhatikan untuk memahami keinginan wanita di tempat tidur?

1- Tempat dan Suasana Romantis
Tempat dan suasana adalah faktor penting bagi kaum wanita dalam proses menikmati keghairahan. Sebab, jika tempat saja berselerak, kotor, tidak nyaman, sementara suasana tegang,kurang harum, dan pasti membuatnya gelisah? Secara umum, wanita mahukan tempat dan suasana yang romantis.
Untuk itu dimanapun tempat itu berada, kamar tidur haruslah rapi, bersih, jauh dari kebisingan tidak mudah terdengar orang lain atau anak-anak, pastikan kedap suara. Yang penting, terasa aman dan nyaman. Sesekali,bawalah ke hotel, resort atau keluar berlibur kerana ini merupakan pilihan yang sangat baik untuk menghilangkan kebosanan.
Untuk menciptakan suasana, cahaya remang redup, wangian yang lembut, muzik romantis boleh menghanyutkan emosi wanita. Dan berilah surprise, sembur dan sapulah tubuh dengan parfum dan bebauan wangi pada tubuh lelaki. Yang penting tubuh harus bersih dan sehat.
Saat sudah berada di ranjang , luangkan waktu untuk sentuhan ringan, bercerita atau apa pun agar dapat mencairkan kebekuan dan kekakuan sehingga keinginan - keinginan yang tertahan akan muncul terucap. Bahkan kalau perlu, luahkan keinginan Anda dan tanyakan keinginannya.

2- Taburkan kata-kata cinta
Wanita sebenarnya lebih menginginkan kemesraan daripada kegiatan seks itu sendiri. Seks mungkin penting, tetapi bukanlah dalam hubungan emosional. Kerana itulah kata-kata cinta yang romantis memberi erti dan membuahkan kenikmatan yang besar. Wanita, bahkan, tidak peduli sangat apakah kata-kata cinta, pujian, rayuan yang diucapkan dengan sepenuh hati atau tidak. Baginya, kata-kata indah itu telah menyentuh emosinya serta menunjukkan dia dihargai dan diperhatikan (mahu dimanja!).
Belaian, usapan, pelukan jauh lebih berharga daripada seks itu sendiri; kerana seks dalam persepsi umum lebih merupakan keseronokkan dan ghairah nafsu kaum lelaki.
Posisikan wanita sebagai makhluk berharga dan disayangi, kerana ia memang layak mendapat perlakuan yang baik. Apalagi umumnya, wanita peka terhadap sesuatu yang menyangkut perasaan hatinya. Wanita sangat senang jikalau dirinya dipuji, apalagi dilakukan dengan tulus. Pujian sangat diperlukan karena setiap orang mempunyai harga diri atau pengakuan. Dengan demikian rasa aman, nyaman dan gairah pun timbul.
Bisikan mesra kata cinta bahawa dialah yang wanita tercantik dan terbaik dengan sepenuh hati dengan luahan yang serius adalah dambaan wanita. Apalagi ketika mendengar pasangannya mengatakan begitu bangga dapat memiliki dan mencintainya. Bukankah Anda memang mencintainya.

3- Ciuman dan Pelbagai Gaya Pemanasan
Jangan cuba-cuba melakukan secara langsung to the point. Jujur, tindakan seperti itu sangat dibenci kaum wanita, betapapun ia mencintai Anda. Wanita tidak ingin diperlakukan sebagai objek nafsu, tidak berperasaan kerana itu hanya dilakukan terhadap binatang.
Wanita lebih sulit terangsang, sehingga perlu waktu yang lebih panjang untuk proses pemanasan. Sekurang-kurangnya berikan waktu 30 minit sebelum fasa perangsangan mencapai kemuncaknya.
Ciuman perlu diterapkan sebagai ekspresi dari sikap dan perasaan sayang. Kerana wanita cepat menangkap hati dan jati diri lelaki pasangannya, berikan ciuman yang hangat dan mendalam.
Apalagi, ciuman merupakan bahasa komunikasi yang membakar dan sedikit wanita yang terbakar oleh kekuatan ciuman. Demikian juga sentuhan - sentuhan erotis yang memang bertujuan untuk membangkitkan ghairah.
Jangan ragu-ragu melakukannya, tapi semua itu harus dilakukan dengan penuh perasaan, kerana disitulah wanita melihat kesungguhan lelaki akan dirinya.

4- Kembangkan Posisi
Apakah wanita menginginkan variasi posisi persetubuhan? Walaupun wanita jarang mengucapkan untuk perubahan posisi, tetapi sesungguhnya mereka juga menginginkan dan menikmatinya.
Kerana itu, berganti-ganti posisi juga dianjurkan kala melakukan persetubuhan. Dan sebaiknya dilakukan sepanjang masa itu tidak menyeksa wanita dan diinginkan (setidaknya, tak ditolaknya). Dengan berganti-ganti gaya seks, malah menjadi pengalaman baru bagi yang belum pernah melakukan. Untuk pemahamannya dapat melihat dari gambar di buku, pengetahuan tentang seks atau film. Begitu banyak posisi yang ada dan mungkin dikembangkan, tidak hanya atas atas - bawah atau samping. Meski begitu, jangan pula terpaku dengan berbagai posisi kerana selama masa itu tetap harus melakukan perabaan ke bahagian tubuh yang peka, agar tetap panas. Tentu perabaan dengan kasih sayang dan sepenuh hati.

5- Tetap Hangat After Play
Rasa nikmat kemuncak memang harapan dan impian setiap wanita. Tapi harap diketahui, tidak selalu kegagalan kemuncak para wanita ditanggapi dengan rasa kecewa. Soalnya, seperti yang sudah disebutkan tadi, aktiviti seks bukanlah terlalu dimahukan wanita dalam hubungan emosional. Banyak wanita bahkan sudah cukup merasa puas ketika pasangannya mendapatkan kepuasan darinya.
Biasanya kemuncak lelaki muncul setelah berlaku pancutan, tapi tidak selalu kerana itu hal yang terpisah. Yang pasti, setelah terjadi pancutan, lelaki umumnya mengalami kelelahan serta letih kerana tenaganya yang banyak digunakan semasa adegan persetubuhan , maka membiarkan dirinya terlelap untuk segera tertidur. Kalau itu yang terjadi, wanita akan mengangapnya sebagai egois, membuangnya setelah keinginannya sendiri tercapai, tanpa memperdulikan lagi pasangannya.
Proses penurunan emosional wanita berjalan perlahan-lahan. Bahkan, sekalipun sudah merasai kemuncak, wanita masih sanggup dengan cepat untuk mendapatkan rangsangan dan melakukan aktiviti hubungan intim lagi dan kembali mendapatkan kemuncak sekali lagi.Justeru itu lelaki perlu berikan belaian walaupun selesai persetubuhan.
Tentu sangat bijak kalau pasangan lelaki dapat mengimbanginya dan tetap secara intensif melakukan perangsangan. Keranaa itu memiliki fizikal yang kuat dan tubuh yang sehat adalah sangat penting bagi lelaki agar dapat memuaskan dan memberikan kebahagian secara seksual pada wanita pasangannya.

Kencing Manis

Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?
Ubat
Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan
Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis
Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan
Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun
Kalau anda gemuk
Kurangkan makanan !
Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
Bersenamlah selalu
Senaman
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik
Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman
Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
Selalu menjaga kebersihan diri
Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
Mandilah selalu
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
Jaga kebersihan gigi
Menjauhkan diri dari kecederaan
Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki
Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Penyakit saraf
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat
Terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.