Monday, 2 May 2011

Amalkan Gaya Hidup Sihat



Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat.
Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat.
a) Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal.
Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina.
Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit merbahaya.
Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.
b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan
Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer.
Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.
c) Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain
a)   Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju.
b)  Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.
c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.
d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat
a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat
b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan
c) Mengambil rehat yang mencukupi
d) Melakukan aktiviti fizikal
e) Menjaga kebersihan
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.


Produk hebat, gilaan lelaki, dambaan wanita.

Peredaran Darah Yang Baik


PEREDARAN DARAH YANG BAIK

Peredaran Darah ialah proses pengedaran berbagai zat yang diperlukan ke seluruh tubuh dan pengambilan zat-zat yang tidak diperlukan untuk dikeluarkan dari tubuh.

Alat Peredaran Darah pada manusia terutama adalah darah. Di dalam tubuh darah beredar dengan bantuan alat peredaran darah yaitu jantung dan pembuluh darah.

Selain peredaran darah, pada manusia terdapat juga peredaran limfe (getah bening) dan yang diedarkan melalui pembuluh limfe.

Pada haiwan alat Peredaran Darah adalah cairan tubuh, dan pada haiwan tingkat tinggi alat Peredaran Darah nya adalah darah dan bagian-bagiannya.

Alat peredaran darah adalah jantung dan pembuluh darah :-

1. Darah :

- Bagian-bagian darah

- Sel-sel darah (bagian yg padat)

- sel darah merah

- sel darah putih

- kepingan darah

- sel-darah

- Plasma Darah (bagian yg cair)

- Serum

- Fibrinogen

Fungsi Darah

Darah mempunyai fungsi sebagai berikut :

1. Mengedarkan sari makanan ke seluruh tubuh yang dilakukan oleh plasma darah

2. Mengangkut sisa oksidasi dari sel tubuh untuk dikeluarkan dari tubuh yang dilakukan oleh plasma darah, karbon dioksida dikeluarkan melalui paru-paru, urea dikeluarkan melalui ginjal

3. Mengedarkan hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar buntu (endokrin) yang dilakukan oleh plasma darah.

4. Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh yang dilakukan oleh sel-sel darah merah

5. Membunuh kuman yang masuk ke dalam tubuh yang dilakukan oleh sel darah putih

6. Menutup luka yang dilakuakn oleh keping-keping darah

7. Menjaga kestabilan suhu tubuh.

2. Jantung

Jantung manusia dan haiwan mamalia terbagi menjadi 4 ruangan iaitu :

bilik kanan, bilik kiri, serambi kanan, serambi kiri. Pada dasar nya sistem Peredaran Darah pada manusia dan haiwan adalah sama.

3. Pembuluh Darah

Ada 3 macam pembuluh darah yaitu: arteri, vena, dan kapiler (yang merupakan pembuluh darah halus)

Pembuluh Nadi

- Tempat Agak ke dalam

- Dinding Pembuluh Tebal, kuat, dan elastis

- Aliran darah Berasal dari jantung

- Denyut terasa

- Katup Hanya disatu tempat dekat jantung

- Bila ada luka Darah memancar keluar


Pembuluh Vena

1. Dinding Pembuluh Tipis, tidak elastis

2. Dekat dengan permukaan tubuh (tipis kebiru-biruan)

3. Aliran darah Menuju jantung

4. Denyut tidak terasa

5. Katup Disepanjang pembuluh

6. Bila ada luka Darah Tidak memancar

Dalam keadaan normal darah ada didalam pembuluh darah, ujung arteri bersambung dengan kapiler darah dan kapiler darah bertemu dengan vena terkecil (venula) sehingga darah tetap mengalir dalam pembuluh darah walaupun terjadi pertukaran zat, hal ini disebut sistem peredaran darah tertutup.

Peredaran darah ganda pada manusia, terdiri peredaran darah kecil (jantung –paru-paru – kembali ke jantung) dan peredaran darah besar (jantung – seluruh tubuh dan kembali ke jantung). Peredaran ini melewati jantung sebanyak 2 kali.

Disamping darah sebagai alat transpor, juga terdapat cairan getah bening. Terbentuknya cairan ini karena darah keluar melalui dinding kapiler dan melalui ruang antarsel kemudian masuk ke pembuluh halus yang dinamakan pembuluh getah bening (limfe)

Penyakit yang berkaitan pada Sistem Peredaran Darah :

1. Anemia

2. Anemia sel sabit merupakan penyakit menurun tak bisa diobati

3. Anemia perniosa, rendahnya jumlah eritrosit karena makan kurang vit B12

4. Talasemia

Sel darah merah abnormal,umur lebih pendek,diasesi dengan transfusi darah

5. Hemofili

Darah sulit/tidak bisa membeku

6. varises

Pelebaran pembuluh vena

7. Atherosklerosis

Penyumbatan pembuluh darah oleh lemak

8. Arteriosklerosis

Penyumpatan pembuluh darah oleh zat kapur

9. leukopeni

jumlah sel darah putih kurang dari normal



Produk hebat, gilaan lelaki, dambaan wanita.