Saturday, 30 April 2011

Hargai Buah Pinggang Anda


Buah pinggang yang sihat membersihkan darah dengan menyahkan cecair, mineral dan kumbahan berlebihan. buah pinggang juga membuat hormon untuk menjaga kesihatan tulang dan darah. Apabila buah pinggang rosak, bahan kumbahan meningkat dalam badan anda, tekanan darah akan naik, dan badan akan menyimpan cecair berlebihan dalam badan dan tidak dapat membuat sel darah merah. Apabila perkara ini berlaku anda perlukan rawatan untuk menjalankan fungsi buah pinggang yang tergendala ini.
Penyebab utama penyakit buah pinggang (end stage renal disease) ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dua keadaan ini membebankan saluran darah, dan buah pinggang kaya dengan saluran darah. Mengawasi kedua-dua penyakit ini boleh menghalang dari kerosakan buah pinggang dan elakan dari rawatan  dialysis.
Selain penyakit buah pinggang, pembunuh buah pinggang ialah dadah – kerana dadah perlu melalui buah pinggang utnuk ditapis masuk ke saluran darah. Sesetengah atibiotik, ubat anesthesia, dan dadah antipsikotik boleh merosakkan buah pinggang. malahan memakan ubat yang mudah didapati di farmasi tanpa preskripsi jika diambil berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Selain itu bahan kimia yang biasa didapati di rumah juga boleh merosakkan buah pinggang. Solven kimia, alkohol kayu, toluene, karbon tetraklorida (cecair pencuci), dan etilene glykol (antifreeze) boleh merosakkan buah pinggang jika tertelan atau terhidu. Berjaga-jagalah apabila mengendalikan bahan kimia.

Buah pinggang boleh kita jaga atau kawal buah buah pinggang kita supaya tidak mudah terdedah kepada gejala-gejala penyebab yang boleh mengganggu fungsi buah pinggang di antaranya pakai je seluar dalam kesihatan. Seluar Dalam Emas Lelaki.
Boxers Emas Lelaki merupakan pakaian termoden untuk lelaki masa kini. Ianya merupakan proses perawatan terbaik tanpa ubat untuk bahagian-bahagian terpenting untuk menjaga perihal kelakian; iaitu kawasan pinggang, buah pinggang, kawasan kelengkang / buah zakar dan  zakar lelaki suami. Merupakan seluar dalam untuk lelaki yang dilengkapi batu magnet semulajadi berubat yang mampu memberi perlindungan dan rawatan kepada bahagian penting ini. Jika ANDA lelaki, anda memang-memang perlukannya Boxers Emas Lelaki.

Semogga anda sihat selalu.

Uda dan Dara


UDA & DARA DAN JANDA & DUDA

Uda dan Dara memangnya selalu dikaitkan dengan kehidupan anak muda lelaki dan anak muda perempuan atau remaja atau belia. Uda adalah pemuda dan dara itu pemudi atau anak dara istilahnya beliau belum berkahwin atau berumahtangga.

Ayat Uda dan Dara di difinasikan sebagai orang muda sedang bercinta. Bercinta berjanji setia sehidup semati. Uda dan Dara bercinta, berkasih sayang, rindu meridui, kasih mengasihani demi mencipta satu kebahagian pada suatu ketika nanti setelah bersatu iaitu kahwin atau bernikah.

Uda dan Dara berkorban apa saja demi cinta merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Uda dan Dara merancang langkah demi langkah dari proses perkenalan sehingga saat di hijabkabulkan untuk mendapat taraf atau title atau status suami isteri, mengikut adat-adat orang melayu.

Uda dan Dara merancang untuk Uda melamar Dara iaitu Uda mewakilkan ayah dan ibunya melamar Dara bermaksud bertanyakan kepada ibu bapa Dara status Dara samada ia masih tiada ikatan dengan Uda-Uda lain. Seterusnya Uda dan Dara merancang langkah demi langkah selanjutnya iaitu membuat persiapan untuk majlis bertunang, seterusnya Uda dan Dara di ijabkabulkan dan disandingkan dan lengkap lah apa yang dicitakan oleh Uda dan Dara untuk mencipta mendapat setatus suami isteri. Uda dah jadi Suami dan Dara jadi Isteri.

Walau bagaimanapun cinta kasih sayang tetap dijadikan sebagai teras dan tunggak dalam perjalanan menghadapi kehidupan yang berliku-liku, dengan pelbagai cabaran, senang susah, miskin kaya, suka duka, ceria derita, pasang surut, sakit sihat, dan macam-macam lagi yang di istilahkan sebagai warna-warni kehidupan.

Disepanjang perjalanan kehidupan ini sejauh mana ianya akan berakhir, sampai masanya, hanya Allah yang tahu. Macam-macam istilah dimana perhentian terakhir percintaan umpamanya sampai mati Uda atau Dara, Suami atau Isteri. Malang tak berbau, disangkan panas hingga ke petang rupanya hujan, ribut, puting beliung turun di tengahari.  Cinta di pertengahan perjalanan yang malang, Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.

Uda dan Dara yang bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain. Berlakulah satu perpisahan atau istilahnya bercerai. Walaupun perpisahan itu amat pedih dan terseksa, tetap berlalu dengan pelbagai situasi punca perpisahan, umpamanya hasutan orang ketiga, sebab ekonomi, tidak pesefahaman, dan 1001 seribu satu macam punca dan penyebab termasuk kematian Isteri atau Suami.

Perpisahan ini akan tecipta suatu keadaan yang Uda jadi Duda dan Dara Jadi Janda. Pemegang dan penyandang status Janda dan Duda ini biasanya masyarakat memandang Janda dan Duda ini secara negatif dan serong,  Duda bila bercerai orang kata tak tahu jaga bini, Janda bila bercerai orang kata tak tahu jaga laki. Ini bermakna pandangan masyarakat  terhadap Janda dan Duda  adalah sama. Tetapi tidak semua Janda dan Duda yang saya kenali, mempunyai perangai yang tidak elok dan tidak senonoh. Kedua-dua Janda dan Duda ini jika pandai menyesuaikan diri, banyak berkhidmat kepada masyarakat, tahu menjaga tatasusila pergaulan. Masyarakat lebih menghormati Janda dan Duda dan tidak menaruh syak wasangka kepada Janda dan Duda seperti ini.

Kebanyakkan Janda dan Duda ini jika ada keinginan mendirikan rumahtangga untuk kali kedua bukanlah atas dasar nafsu semata-mata. Cuma ingin meneruskan kesinambungan kehidupan masa lampau dan seterusnya kepada masa akan datang. Sebab dalam mengharungi warna-warni kehidupan ini menoleh kehidupan masa lalu memanglah susah, lagi susah untuk menghadapi masa hadapan, tetapi kita kena ingat bahawa mahu tak mahu, nak atau tak nak, kita kena terima juga, bahawa kehidupan   seterusnya

Janda dan Duda dalam keadaan apa juapun wajib menjaga diri dari segi kesihatan rohani dan jasmani. Pengalaman kawan saya tu Duda ataupun Janda meluahkan perasaan yang sama iaitu biasanya Janda dan Duda mengalami stress tekanan perasaan dan jiwa, dalam stuasi stress bila-bila masa saja Janda dan Duda muda dapat penyakit sama ada serius atau tidak, biasanya penyakit tua datang,  darah tinggi, jantung, buah pinggang, kencing manis dan macam-macam penyakit.

Dengan demikian  Janda dan Duda wajib jaga kesihatan setiap saat, ciptalah sesuatu situasi yang membolehkan kita senyum dan ketawa. Kerana bila  Janda dan Duda dapat selalu senyum dan ketawa, insaallah dapat mengurangkan  beban penyakit sehingga 90% termasuklah stress.